Otai IM Zamri Nanyan Juga Percaya Dengan Peluang TTTE



Siapa yang tak kenal dengan Zamri Nanyan ? Kebanyakan mereka yang mempunyai iltizam menjana pendapatan dari internet pasti kenal dengan beliau. Beliau merupakan salah seorang pioneer mewakili bangsa Melayu yang mula berkecimpung secara aktif dalam dunia perniagaan internet.

Beliau mula berkecimpung secara sepenuh masa dan memperkenalkan pelbagai teknik menjana pendapatan di internet untuk program pemasaran affiliate, produk digital, buku fizikal (Rahsia Bisnes MLM Di Internet, The Four Week To Freedom), coaching, public speaker dan banyak lagi.

Latar Belakang

Sedikit latar belakang Zamri Nanyan yang boleh dikongsikan di sini.

Zamri Nanyan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Komputer dari Universiti Syracuse, New York dan memulakan kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat yang berpangkalan di AS di Pulau Pinang. Usaha untuk menceburi luar dari bidang beliau telah membawa satu penemuan menarik bagaimana semua orang boleh membina pendapatan tambahan berulang melalui pelbagai cara, tanpa perlu meninggalkan profesion mereka sekarang.

Apabila beliau melihat sendiri bagaimana orang biasa boleh mencapai pendapatan luar biasa dalam Pemasaran Rangkaian menyebabkan teruja. Zamri Nanyan kini dalam misi untuk membongkar mitos bahawa Pemasaran Rangkaian adalah hanya untuk mereka yang terdesak untuk wang dan salah faham bahawa ia adalah satu skim piramid haram.

Beliau percaya bahawa orang ramai perlu mula mencari kembali pada Pemasaran Rangkaian dengan minda yang terbuka dan melengkapkan pengetahuan mereka mengenai industri dengan maklumat yang betul.

Jika anda ingin mengenali beliau dengan lebih dekat lagi melalui Facebook sila klik sini

Kekuatan Konsep MLM

Ada segelintir yang memandang sinis dengan konsep pemasaran rangkaian ataupuan disebut dalam bahasa english sebagai Network Marketing. Hmmmm....paling mudah orang panggil MLM ataupun Multi Level Marketing. Bukan Maharaja Lawak Mega yerrrr...

Jika nak dibandingkan konsep pemasaran rangkaian dengan konsep pemasaran yang lain, pemasaran rangkaian adalah satu teknik pemasaran yang berkesan untuk memasarkan satu-satu produk. Kebiasaanya ia lebih menekankan pemasaran produk berbentuk fizikal. Banyak syarikat-syarikat besar menggunakan teknik pemasaran rangkaian untuk memasarkan produk mereka.

Pemasaran rangkaian inilah yang menyedarkan Zamri Nanyan dan telah menerbitkan satu buku fizikal bertajuk Rahsia Bisnes MLM Di Internet. Kelainan yang beliau cipta sebagai rujukan ramai pemasar MLM untuk mengembangkan rangkain hanya menggunakan kuasa Internet.

Banyak bilangan buku yang telah terjual hasil dari perkongsian ilmu yang beliau praktikkan sendiri pada setiap karangannya. 

Bagi mereka yang berpengalaman berkecimpung dalam dunia MLM pasti faham bagaimana trek rekod yang dibuktikan melalui kejayaan besar sehingga ke tahap jutawan dari kisah mereka hasil dari kecemerlangan usaha mereka sendiri.

Tetapi ada juga yang jatuh serta bangun dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam bidangan pemasaran rangkaian. Tak kurang juga mereka yang ditipu dengan skim MLM kononnya, dan menjanjikan pendapatan lumayan setelah melabur sebilangan besar wang sebagai modal permulaan. Walhal syarikat yang melakukan penipuan ini tidak pernah mendapat kelulusan dari pihak kementerian sebagai pengesahan.


Mengapa Kita Perlu Lakukan Bisnes Tune Talk Toneexcel ?

Saya yakin sebab Zamri Nanyan mula melakukan pemasaran untuk bisnes TTTE ini adalah disebabkan kejayaan yang diraih oleh seorang underground Internet Marketer, iaitu Mazelan Abas yang menjana pendapatan bertingkek-tingkek (bak kata Wahi) setiap bulan hasil dari usaha beliau selama 2 tahun sahaja. Pendapatan beliau pula boleh diwarisi kepada isteri dan juga anak-anak beliau andainya beliau telah tiada di dunia ini.

Saya juga yakin bukan sebab wang Zamri Nanyan melakukan bisnes TTTE walhal pendapatan semasa beliau kini pun boleh dikatakan lumayan. Jadi apa yang menyebabkan beliau mula membuat keputusan melakukan bisnes untung kecil-kecilan ini. Pasti ada banyak kelebihan bisnes Tune Talk Toneexcel ini. Sila rujuk post saya yang lepas jika ingin mengetahui 17 kelebihan TTTE.

Apa Tunggu Lagi...

Mulakan sekarang untuk mengubah nasib hidup anda sebab kini ramai otai IM yang saya kenali telah mula melakukan gerak kerja terancang untuk memasarkan produk SIMKad Tune Talk Toneexcel seperti Jimie Ray, Razif Yusof dan lain-lain.

Pasti ada keunikan yang cukup mengujakan yang ditawarkan oleh Tune Talk Toneexcel menyebabkan mereka melakukannya. Anda bila lagi ?

Untuk mendapat informasi lanjut tentang peluang bisnes SIMKad TTTE ini sila layari laman web utama seperti mana tertera di bawah ini !



---> www.tunetalk2u.biz




Sekian. Terima kasih.

1 comments:

Bentuk pamasaran yang mudah.. Ramai im ambil peluang untuk pasarkan penjualan simkad melalui internet dan sangat berkesan.


EmoticonEmoticon