Akhirnya Skim Takaful Menjadi Pilihan Istimewa Buat Pengguna Simkad Tune Talk...



Bermula dari tarikh 11 July 2016, nilai insuran kemalangan diri secara percuma diturunkan dari RM100,000 kepada RM50,000. Walaupun jumlah perlindungan diturunkan, sebagai pengguna Islam kita patut rasa bersyukur kerana Tune Talk telah menukar plan insuran daripada konvensional kepada plan takaful yang dikelolakan oleh Syarikat Etiqa Takaful.

Syarat yang dikenakan masih sama iaitu anda hanya perlu topup minimum RM50 sebulan untuk mendapat perlindungan RM50,000 secara percuma. Contohnya anda topup secara keseluruhan pada bulan Februari sebanyak RM50, maka perlindungan anda akan bermula pada bulan March. Perlindungan insuran ini bermula dan berakhir mengikut tarikh kalendar. (contoh: 1 March sehingga 31 March).

Pengguna Muslim


Sebelum penukaran plan perlindungan insuran kemalangan diri ini, sudah semestinya syarikat Tune Talk telah melakukan kaji selidik yang mendalam dan terancang. Satu gambaran secara rawak yang boleh kita kongsikan di sini adalah tentang bilangan pengguna simkad Tone Excel yang majoritinya dah semestinya pengguna muslim. 

Sebagai langkah untuk bersaing dengan syarikat yang menawarkan program seakan-akan sama dengan Tone Excel, perubahan seperti ini perlu dilakukan sebelum ramai pengguna simkad Tone Excel yang beragama Islam beralih kepada syarikat lain, terutama mereka yang mempersoalkan halal haram insuran konvensional.

Semak Status Kelayakan Insuran 

Bagi memudahkan pengesahan atau memeriksa status kelayakan perlindungan anda anda boleh layari laman web Tune Talk atau anda terus klik sini.

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan atau nombor passport anda sebagai pengesahan. Seeloknya anda semak status kelayakan anda sekiranya anda telah belanja topup terkumpul pada bulan lepas melebihi atau sama dengan RM50.


Rujukan lain untuk anda :


Muat Turun Polisi  - DI SINI

Muat Turun Borang Penamaan Waris  - DI SINI

Muat Turun Borang Tuntutan  - DI SINI


Kesimpulan

Saya sebagai pengguna dan merangkap ejen pemasar simkad Tone Excel merasa sangat bertuah kerana plan perlindungan insuran secara percuma telah pun ditukar dari skim perlidungan konvensional kepada skim perlindungan takaful. Sesuatu yang baik dan menepati syariah, amat perlu bagi kita sebagai pengguna simkad Tone Excel menyokong usaha seperti ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan, sila hubungi terus pejabat HQ Tone Excel di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Sekian. Semoga berjumpa lagi. Insya Allah.



EmoticonEmoticon